e-Pandangan

Draf Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020

Menuju Ke Arah Bandar Raya Bertaraf Dunia

Utama | Kembali

Selamat Datang ke e-Pandangan-Draf Pelan Bandar Raya K. Lumpur 2020

Proses penyediaan Draf Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 melibatkan 4 peringkat. Orang awam telah terlibat dalam setiap peringkat sama ada melalui forum, soalselidik pandangan awam, perbincangan kumpulan fokus atau mesyuarat-mesyuarat kumpulan kerja teknikal. Kini, dengan siapnya Draf Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020, orang ramai dijemput untuk memberikan pandangan mereka selaras dengan peruntukan dalam Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982.


Draf Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 telah siap untuk diperiksa dan boleh diperolehi di Bangunan DBKL mulai 15 Mei 2008. Untuk kemudahan semua pihak yang berkepentingan, pameran Draf Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 akan diadakan di Bangunan Ibupejabat DBKL ( Menara 1) selama 6 minggu sehingga 30 Jun 2008. Pada masa yang sama, pameran bergerak juga akan diadakan di 13 tempat sekitar Kuala Lumpur.

Kami mengalu-alukan warga Kuala Lumpur ke pameran ini dan mengharapkan pendapat serta komen anda. Anda hanya perlu menulis pandangan dan cadangan dalam Borang Pandangan Awam yang boleh diperolehi di ruang pameran. Anda juga boleh memuat turun borang melalui lawam web di sini. Semua borang yang lengkap mestilah dihantar sebelum 31 Ogos 2008.

Semua pendapat anda adalah sangat berharga dan akan diambilkira oleh Jawatan Kuasa Pendengaran Pandangan Awam sebelum Draf Pelan Bandaraya ini dipinda. Pelan yang telah dipinda akan dikemukakan kepada Menteri Wilayah Persekutuan untuk pertimbangan dan kelulusan. Bersama-samalah kita mencorak masa depan Kuala Lumpur menjadi sebuah bandar raya bertaraf dunia.

 

Menu Utama

  • Laman Utama
  • Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020
  • Papar Pandangan
  • Panduan
  • Hantar Pandangan
  • Muat Turun Borang
  •  Carian
  •         Jadual Sesi Pendengaran
  •         Makluman Keputusan
  • Hubungi Kami

Bahasa

  •  Versi Bahasa Melayu
  • Versi Bahasa Inggeris

Pautan

  • Logo
  • Logo
  • Logo

Hakcipta © 2008 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur