Utama | Kembali
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah menyediakan Draf Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020. Pelan ini menentukan hala tuju strategik untuk memandu pembangunan masa hadapan sehingga tahun 2020. Anda dijemput memberi pandangan selaras dengan peruntukan Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982 (Akta 267) sebelum pelan ini diterimapakai. Pandangan anda adalah sangat penting kepada DBKL untuk menambahbaik draf pelan yang telah disediakan.
Anda diminta menggunakan borang ini kerana ia memudahkan anda memberikan pandangan dan memudahkan DBKL menguruskan pandangan anda.
Borang ini mengandungi 3 bahagian iaitu Bahagian A (Pandangan Anda), Bahagian B (Maklumat Peribadi), dan Bahagian C (Kehadiran Dalam Sesi Pendengaran Pandangan Awam).
Anda boleh membuat salinan borang Bahagian A dan isikan pandangan-pandangan anda. Kepilkan helaian-helaian Bahagian A bersama-sama Bahagian B dan Bahagian C kemudian hantarkan pandangan anda.
- Pandangan anda perlu berkaitan dengan kandungan Draf Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020. - Anda perlu menyatakan muka surat/ nombor pelan indeks/ lokasi tapak dalam Draf Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 sebagai rujukan anda. Maklumat ini akan memudahkan DBKL membuat rujukan dan semakan terhadap pandangan yang anda kemukakan. - Pandangan yang anda kemukakan perlulah berasas serta dinyatakan dengan jelas dan terperinci bersama dengan asas maklumat atau fakta-fakta berkaitan sebagai sokongan. - Pandangan anda perlu merujuk kepada kepentingan awam bukan untuk kepentingan individu.
Maklumat peribadi anda mengandungi nama serta alamat anda dan nombor telefon yang boleh dihubungi semasa waktu pejabat diperlukan bagi membolehkan kami menghubungi anda untuk tujuan sesi mendengar pandangan awam.
Pandangan anda adalah tidak sulit. Semua pandangan awam boleh disemak orang ramai di laman web klcityplan2020.dbkl.gov.my
Semua pandangan awam yang diterima akan didengar dan dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Pendengaran Pandangan Awam (JKPPA) yang dilantik oleh Menteri. JKPPA akan mengemukakan Laporan Pandangan Awam yang mengandungi perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan oleh Datuk Bandar dalam meminda DPBRKL 2020. Setelah Datuk Bandar menyediakan Pindaan DPBKL 2020, pelan berkenaan akan dikemukakan kepada Menteri untuk kelulusan.
Mereka yang memilih untuk menghadiri Sesi Pendengaran Pandangan Awam akan diberi peluang untuk menjelaskan pandangan mereka secara lisan kepada JKPPA. Walau bagaimanapun, semua pandangan awam yang dikemukakan akan dipertimbangkan oleh JKPPA walaupun anda memilih untuk tidak hadir di sesi pendengaran pandangan awam.
Anda akan dimaklumkan mengenai keputusan pandangan yang telah anda kemukakan melalui surat atau menyemaknya di laman web klcityplan2020.dbkl.gov.my setelah Menteri meluluskan Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020.
Borang Pandangan Awam hendaklah dihantar kepada : Pengarah Jabatan Pelan Induk, di alamat : Tingkat 12, Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur. atau melalui faksimili : 03 - 2698 2150
Selain daripada menggunakan borang ini, pandangan anda boleh dikemukakan secara elektronik (E-Pandangan) melalui laman web klcityplan2020.dbkl.gov.my
Borang yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan sebelum 31 Ogos 2008.